Kehidupan Lebah Madu
Lebah madu selalu hidup berkoloni, rata-rata setiap koloni terdapat 60-70 ribu lebah dalam satu sarang. Walaupun populasi yang demikian padat, lebah mampu melakukan pekerjaannya secara terencana dan teratur rapi.
Suatu koloni lebah umumnya terdiri dari lebah pekerja, pejantan dan ratu. Lebah pekerja boleh dikatakan menjalankan seluruh tugas dalam sarang iaitu membuat sarang, membersihkan sarang, menjaga sarang, memberi makan larva dan ratu lebah, dan yang utama adalah mengumpulkan madu dan bee pollen sebagai sumber makanannya.
Ratu Lebah
Ratu lebah mempunyai tubuh yang lebih besar dan berat 2,8 kali berat lebah pekerja. Setiap koloni lebah hanya ada satu Ratu Lebah jika di dalam satu koloni ada dua ratu lebah maka keduanya akan saling membunuh untuk mendapatkan kedudukan sebagai ratu lebah.
Ratu lebah bertindak sebagai pemimpin dan menjaga keharmonian lebah dalam satu koloni. Semua lebah dalam satu koloni akan mentaati ratu lebah, kemana pun ratu lebah pergi, maka satu koloni lebah akan mengikutinya. Selain memimpin koloni lebah, ratu lebah mempunyai tanggung awab untuk meneruskan kelangsungan hidup koloni lebah iaitu dengan cara bertelur sepanjang hidupnya. Ratu lebah mampu bertelur 1500-2000 butir setiap hari..
Ratu lebah mempunyai umur yang lebih lama dibandingkan dengan lebah pekerja. Lebah pekerja berumur sekitar 40 hari tetapi ratu lebah sanggup hidup hingga 3-5 tahun atau sekitar 30x lebih lama dari lebah pekerja. Rahsia ratu lebah berumur lebih lama adalah disebabkan ratu lebah menggunakan Royal Jelly sepanjang hidupnya. Sedangkan lebah pekerja hanya menggunakan royal jelly selama 3 hari pada ketika menjadi larva.
Lebah Jantan
Lebah jantan lebih kecil dari ratu lebah tetapi lebih besar dari lebah pekerja. Ciri-ciri yang menonjol adalah matanya yang besar. Mata itu terdiri dari faset yang lebih banyak dari pada faset pada mata lebah pekerja dan ratu lebah.
Lebah jantan tidak mempunyai sesungut penghisap madu dan juga tidak mempunyai kantung pollen dikakinya. Sehingga lebah jantan tidak bertugas mengumpulkan pollen atau madu, lebah jantan hanya membersihkan sarang, menjaga sarang dan tugas ringan lainya. Fungsi utama lebah jantan adalah untuk mengawan dengan Ratu Lebah.
Lebah Pekerja
Lebah pekerja biasa disebut juga sebagai lebah betina, lebah inilah yang memiliki tanggungjawab pekerjaan sepanjang hidupnya.
Ukuran tubuh lebah pekerja lebih kecil daripada ratu lebah dan lebah jantan. Bentuk tubuhnya ramping warnanya hitam kecoklatan dan ekornya mempunyai sengat yang lurus dan berduri. Dengan sengatnya, lebah pekerja dapat melindungi sarangnya dan menyerang siapapun yang mengganggu.
Lebah pekerja mempunyai tanggungjawab pekerjaan yang berbeza mengikut kesesuaian dengan umur lebah pekerja tersebut. Setelah keluar dari kepompong larva, lebah pekerja terus mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan sarang lebah dari kotoran-kotoran, ketika berumur 3-10 hari lebah pekerja ini menghasilkan Royal Jelly yang sangat diperlukan larva lebah dan ratu lebah.
Royal jelly yang dihasilkan oleh Lebah muda setelah lebah tersebut menggunakan madu dan bee pollen. Royal jelly dari kelenjar lebah yang berada di sekitar leher lebah tersebut.Lebah muda ini kemudian bertugas memberi makan larva dan ratu lebah. Perlu diketahui Ratu Lebah menggunakan Royal jelly sepanjang hidupnya.
Setelah lebah pekerja berusia sekitar 3 minggu, lebah tersebut bertugas mencari nektar bunga yang akan diolah menjadi madu dan debunga akan diolah menjadi bee pollen.
Setelah lebah pekerja berusia sekitar 3 minggu, lebah tersebut bertugas mencari nektar bunga yang akan diolah menjadi madu dan debunga akan diolah menjadi bee pollen.
Lebah terbang mencari pollen dan madu dengan menghinggapi beribu-ribu bunga yang sedang mekar. Lebah menghisap nektar dengan sesungutnya dan menyimpannya ke dalam kantong madu yang ada didalam tubuhnya.
Untuk memperoleh sekitar 375 gram madu, maka lebah harus berulang-alik sebanyak 75.000 kali untuk mengambil nektar. Untuk jumlah madu yang dikumpulkan sebanyak itu, lebah pekerja menempuh jarak terbang yang setara dengan 4-6 kali mengelilingi bumi. Bayangkan betapa sibuknya sesebuah koloni lebah. Lebah madu boleh mencari nektar sekitar 3 km dari sarang.