Tuesday, November 13, 2012

SECANGKIR KOPI SEKEPING ROTI

Asalamualaikum... 

Ribuan terimakasih,, kepada tuan-tuan, rakan-rakan yang saya hormati diatas kesudian tuan melayari blok kami yang tak seberapa nih..,disamping mencari idea2 baru sebagai bahan rujukan dan bacaan ringan,,boleh juga kita jadikan sebagai satu sumber ilmu pengetahuan,,

Sebenarnya saya bukanlah pandai dan berminat untuk menjadi seorang penulis seperti blok2 yang lain yang lebih menarik dan canggih,,bagi saya cukuplah sekadar satu paparan yang boleh memberi gambaran serta sedikit penerangan yang ringkas dan santai..yang penting ilmu sampai anda..

Segala paparan dalam blok saya adalah atas kerja atau practical  yang telah saya lakukan sendiri,(RND),disamping itu terkadang perlulah ada sedikit pengetahuan dan persiapan dalam diri saya,,selain melalui saluran media cetak, laman web dan internet, bertanya  dan berjumpa kepada mereka-mereka yang telah lama berkecipung dalam bidang ini,, Lawatan ke tapak projek ternakan beliau adalah menjadi keutamaan....banyak imput yang saya dapat..kalau sekadar teory rasanya mungkin kurang menjadi..begitulah hakikanya..

Ternyata ingin menjadi pengusaha lebah madu jenis apis cerana atau lebah lalat nih kerja yang amat mencabar,,sebabnya,,ia merupakan lebah liar yang agak garang dan pantang diganggu, lebih2 lagi apabila koloni lebah tersebut mempunyai madu,,setiap kali mengintai sang lebah pastinya kena penyengat,,itulah yang menjadi cabaran utama,,,berbeza dengan lebah kelulut dan apis meliferra (lebah Australia), namun begitu bagi saya setiap sengatan adalah terapi dan ubat..

Alhamdulillah, setakat ini segala masalah sudah terungkai dan tiada masaalah lagi, dengan berkat kesabaran,, lebah yang garang sudah boleh dijinakkan..

nak tahu rahsianya..??  jumpa kita dilain hari......

Wasallam

No comments: